Semalam masuk bilik boss bawak 3 folder, tapi bila aku keluar dari bilik beliau aku bawak 10 folder. Beliau outstation for the rest of the week & I have like a zilion things on my plate. Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ini.
Mood untuk buat kerja dah ada, tapi, bila kerja yang sedia ada menjadi semakin rumit (ke aku yang merumitkan kerja-kerja tersebut? whatever) & bakal menambahkan jumlah kerja aku, aku jadi lost. Tak tahu mana satu nak mula. Ok, be cool Ma, tarik nafas dalam-dalam & hembus.
Tapi dalam sibuk-sibuk aku pun aku masih sempat ber‘facebook’. Tapi lately ni, aku menyampah je bila log in facebook, hamba-hamba Allah yang ada dalam friend list aku suka komen di tempat tak berkenaan i.e. status: “Terasa malas hari ini”, pengomeng: “weh, esok nak gi sana macammana?” dan ada antara mereka suka komen pada sesuatu yang sudah tidak relevan i.e. status ditulis pada 15 june 2010, jam 7.35 p.m. & berkaitan perkara yang berlaku sekitar waktu itu, pengomeng hanya mengomeng pada 22 june 2010, jam 11.57 a.m. Ada jugak spesis yang terus komen, tak reti nak baca secara menyeluruh statement-statement yang ada sebelum statement beliau. Sekolah tinggi-tinggi tapi. Komen balik kang ade yang terasa hati, tak komen balik kang, geram pulak aku. C’mon lah, guna common sense anda please.
Sekian, terima kasih.