‘Boardroom’. Well, more like a boredroom.

Note: Gambar dari Mobile Phone aku. Harap Maklum.
Kalau orang tanya aku kerja apa, aku tak tahu nak jawab macam mana. Serious. Bila mood aku baik aku bagitaulah, aku kerja dalam bidang ‘company secretarial’. & they were like, ‘Oh, secretary’. Ermmm ok, sukahati kau lah. Senang-senang aku cakap aku ni kerani cabuk udah. Tapi memang kerja aku ni macam kerani pon, kerani serba serbi. huh!
Sekian, Terima Kasih.
p/s: bencilah kena buat minit. sangat stress tau tak. ;’(
**********
Gambar tu aku snap semalam masa aku tengah boring tunggu Ahli-ahli Mesyuarat kat satu office bertempat di sebelah Mydin Mall KT. Aku sampai tepat pukul 5.oo petang. On the dot kau. Kau tahu meeting derailed sampai pukul berapa? Pukul 6.15 kau. Mak Oii. Dahlah semalam hujan. Kalau dapat tidur memang heaven on earth lah. Tapi aku redha.
Lepas aku upload gambar tu dalam FB aku kan, bertubi-tubi komen masuk. Dari kawan-kawan, dari orang-orang kat ofis. Emm, actually gambar tu di’intend’kan kepada 3 orang kawan-kawan aku yang bekerja dalam bidang yang sama dengan aku ni dan aku catatkan sedikit realiti orang-orang ‘senasib’ dengan aku ni lah. Orang-orang kat office pulak melencongkan topik ke arah yang lain. hahaha. Kelakar sungguh. Tapi, ada betulnya apa yang mereka ‘luahkan’ tu. Mereka yang memerhatikan aku, berada dalam lingkungan paling dekat dengan aku, dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, lima hari seminggu.
Tapi aku tidak berkecil hati dengan ‘luahan hati’ mereka tu. Malah ianya bagaikan satu ‘awakening’ buat aku. Bukan berniat untuk memuaskan hati mereka dan menidakkan sifat aku yang pada aku sememangnya begitu, tapi, aku rasa ianya sesuatu yang aku mahu, dan mampu lakukan.
Aku rasa dah tiba masanya, Alhamdulillah.